Thursday, March 19, 2015

Jatuh Cinta Canister Pertama!

Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha
Penyayang. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.
dan ke atas keluarga dan para sahabatnya.

Alhamdulillah..hari ini diberikan motivasi untuk menulis semula...hari ni nak cerita kisah cinta...

Satu canister dah cukup untuk membuatkan Che Min jatuh cinta!

Ada muka orang jatuh cinta tak?

Ada 5 sebab yang buat Che Min jatuh cinta pada canister pertama lagi:
  1. Mudah larut. Si kesayangan pilihan Che Min ni sangat mudah larut berbanding beberapa jenama protein shake yang Che Min pernah minum.
  2. Sedap. Serius sedap tau rasa soya yang light, kurang manis, memang kena dengan citarasa Che Min. Rasa nak tambah lagi jer bila minum...
  3. Rasa kenyang. Mula-mula tak percaya, tapi ada sekali tu, Che Min degil minum lg 1/2 gelas lepas minum 1 gelas pertama...hehehe...memang kenyang la perut daku hari tu...takkan ku ulangi.
  4. Guna air sejuk jer. Bancuh-bancuh satu gelas, terus boleh minum dan boleh ambil sikit buat masker kat muka, 2 in 1.
  5. Muka Che Min kurang berminyak dan lembab jer lepas minum si kesayangan.

Dengan ini Che Min memperkenalkan....

protein shake
ESP kesayangan

Ni baru kisah cinta dengan canister pertama ESP Soy Protein Isolate Powder dari Shaklee yang Che Min minum dan buat mask muka..episod-episod seterusnya dengan canister-canister kedua, tiga, empat dan seterusnya akan menyusul.

Harap-harapnya parut yang senang jadi kat muka Che Min pun cepat-cepat hilang, dark circle pun jadi sekata jer warnanya dan Che Min pun nak jadi muda macam kakak-kakak yang amalkan ESP. Esok Che Min cerita apa benda ESP ni sebab tetiba rasa nak beradu pulak...sebelum tu nak share satu lagi gambar sebelum berkenalan dengan ESP.

Che Min di The Venetian Macao, 2013

Sampai jumpa lagi..

Che Min (1182323)






Saturday, March 7, 2015

I'm Flying...

Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha
Penyayang. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.
dan ke atas keluarga dan para sahabatnya.


Hari yang kalut bagi Che Min...blog pun dah masuk hari lain...

Tengah hari tadi Che Min nak hantar Abah solat Jumaat..tapi Abah tak nak, nak pi sendiri..ok lah Che Min tunggu Abah kat rumah saja..

Tiba-tiba...

Ada motor duk hon depan rumah...alamak...pakaian tak menepati ciri-ciri muslimah sejati la pulak. Che Min sarung jubah dengan tudung Mama...heheh..

Pak cik pos laju rupanya...dia memang la tak solat Jumaat, dia ni Indian..

Bukak bungkusan tu rupanya hari ni Che Min dapat flyers yang Che Min order dari MyKhalish Solutions..laju servisnya. Sesapa nak service diorg boleh tengok kat FB SID@REKANEKA.

Che Min ada baca yang flyers ni satu medium pengiklanan yang baik dan berkesan jika distrategikan dengan betul. Sebab tu la order..

Antara ciri-ciri flayers mestilah design dengan imej dan warna mesti menarik barulah orang nak baca. Flyers juga kena diedarkan dengan banyak supaya lebih berkesan. pengedaran flyers juga kena dilakukan di tempat yang betul, pada waktu yang tepat, dan mengiklankan produk yang dapat menarik minat pembeli.

Patut la flyers supermarket pun tak semua produk dia letak..

Sesapa yang minat nak membaca flyers yang Che Min ada ni boleh la contact terus dengan Che Min yer..

Flyers Shaklee; Vitamin, ESP (Soy Protein Isolates Powder), Produk Kesihatan Tulang & Sendi, Produk Kesihatan Jantung dan Produk Nutrisi Kanak-Kanak..


Ainul Yasmin binti Md Yusoff (ID 1182323)
+6012-4116115


Thursday, March 5, 2015

Sujud Syukur

Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ke atas keluarga dan para sahabatnya.
APA ITU SUJUD SYUKUR?
Sujud syukur adalah sujud yang dilakukan kerana mendapat nikmat daripada Allah SWT. tetapi harus diingatkan bahawa sujud syukur hanya sunat hukumnya apabila dilakukan kerana mendapat nikmat YANG BESAR dan JARANG2 berlaku sahaja. contohnya apabila dapat mendirikan rumah tangga atau mendapat pekerjaan. mendapat keputusan yg cemerlang dalam exam juga merupakan nikmat yg besar dan tidak selalu berlaku (?) TETAPI sekiranya nikmat tersebut adalah yg biasa biasa sahaja seperti DAPAT MAKAN atau MENDAPAT BELI TOPUP misalnya maka hukumnya sujud syukur tidaklah sunat tetapi BIDA'AH.
Firman Allah yang bermaksud :
“Dan sesiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya faedahnya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, (tetapi) sesiapa yang kufur ( tidak bersyukur)(maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji. (Surah Luqman : 12)
Dan juga sabda Nabi yang bermaksud :
“Dari Abu Bakrah r.a.Bahawasanya Nabi s.a.w. apabila telah datang kepadanya suatu urusan yang menyenangkan atau beliau gembira kerana sesuatu, beliau sujud ke tanah sebagai berterima kasih kepada Allah SWT.”( Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi)
Cara untuk melakukannya tidaklah susah sangat nak buat sujud syukur ini.. Tak sampai lima minit atau kurang lagi.
Untuk sujud syukur TIDAK PERLU :
BERWUDUK kerana dilakukan di luar waktu solat MEMBACA AL - FATIHAH atau apa2 rukun solat yg selain daripada NIAT, TAKBIR, SUJUD dan SALAM
APAKAH CARA YANG PALING TEPAT UNTUK MELAKSANAKAN SUJUD SYUKUR?
1.  Niat. " sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala"
2. Takbiratul ihram. Angkat tangan sebagaimana takbir dalam solat
3. Satu kali sujud
4. Bacalah doa yg sebagaimana biasa dibaca ketika sujud dalam solat
5. Salam.sebutlah "assalamualaikum warahmatullah.."
Sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis Baginda tentang kelebihan sujud syukur ini.
Dari itu, Diingatkan supaya jangan dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam
Berikut adalah ayat yang digalakkan dibaca sewaktu sujud :
Doa-sujud
Maksudnya: ”Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta”
Jika anda tak hafal yang ini, dan mahu mengerjakan sujud syukur, masih boleh.
Baca sahaja yang anda selalu baca waktu sujud. Ringankanlah badan kita untuk melakukan sujud syukur selalu, agar kita tidak lupa diri dengan kejayaan atau kecapaian sendiri.
Nota tambahan:
1. Mazhab Syafie serupa dengan sujud Tilawah. Terdapat 5 rukun didalamnya iaitu: Berniat, takbiratul Ihram, sujud satu kali sahaja ,duduk selepas sujud dan memberi salam.
2. Mazhab Hanbali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya.
3. Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja dan semasa bangun dari sujud.
Begitulah cara Islam mengajarkan kita bagaimana cara mensyukuri nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau terlepas daripada bala. Di samping sunat melaksanakan sujud syukur disunatkan juga bersedekah dan melakukan solat sunat syukur. (Mughni Al-Muhtaj 1/219).
Menurut Al-Khawarizmi pula, jika ia menggantikan tempat sujud itu dengan bersedekah atau solat dua rakaat maka itu adalah yang lebih baik.
Menurut Imam Al-Ramli bahawa sujud syukur itu terluput waktunya jika jarak di antara sujud itu dan sebabnya terlalu lama.
Sumber: Dr Wahbah Zuhaily dan harianislam.com :)

Wednesday, March 4, 2015

Abah Mama

Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha
Penyayang. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.
dan ke atas keluarga dan para sahabatnya.


Ayah dan ibu...
Itulah permulaan kami...
Dapat melihat bulan dan matahari...




1881 Heritage
Che Min skodeng Abah Mama dari atas Time Ball Tower kat 1881 Heritage Hong Kong.



Yang dikurniakan dari Ilahi...
Ayah dan ibu...
Ayah dan ibulah mesti dihormati...



Berjaya Hill
Abah Mama pulak skodeng orang dari tingkap bilik Colmar Tropicale.


Ayah dan ibu...
Ayah dan ibu...
Wali-wali keramat...
Pada mereka kita beri hormat...



Japanese Village Colmar Tropicale
Abah Mama yang Che Min sayang.


Pakailah tunjuk ajar dan nasihat...
Supaya hidup...
Supaya hidup kita akan selamat...


Tepuk tangan...tepuk tangan....

Korang nyanyi sendiri la yer lagu Sudirman Hj Arshad tu. Teringat pulak kat Dr. Roslan Hj Arshad (abang Sudirman) masa Che Min sakit dulu...

Che Min pinjam "Che" tu dari Mama ler..nak gak pinjam "Md" dari Abah..tapi sat lagi Che Min jadi Che Md la pulak...kecelaruan jantina disitu.

Doakan Che Min jadi anak yang solehah serta ikhlas dan sabar dalam berbakti pada Abah Mama. 

Doakan juga Abah (74 thn) Mama (73 thn) sihat dan kuat bagai juara :) senang beribadah dan disayangi semua.

Kekasih Allah

Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha
Penyayang. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.
dan ke atas keluarga dan para sahabatnya.


Muhammad bin Abdullah adalah nabi utusan Allah SWT. Bagi orang Islam, digalakkan berselawat untuknya. 

Allah SWT menyatakan dalam Surah al-Ahzab ayat 56 yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat kepada nabi. Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya."

Kekasih Allah SWT Nabi Muhammad s.a.w. juga berpesan, "Sesungguhnya orang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku." Bacalah selawat, " Allahumma solli 'ala saidina Muhammad wa 'ala aalihi wa as-haabihi ajmma'iin". Maksudnya, "Ya Allah, kurniakanlah pujian ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat beliau".

Hari ni Che Min nak berkongsi signifikannya kuasa selawat.

Dalam perjalanan Israk Mikraj pada malam 27 Rejab, Nabi Muhammad s.a.w melihat malaikat yang memiliki 1000 tangan. Saper pernah dengar kisah malaikat seribu tangan ni?

Dalam sebuah hadits Rasulullah s.a.w. pernah bersabda;

Ketika aku diperjalanan malam hari untuk mikraj ke langit, aku melihat ada malaikat yang memiliki seribu tangan dan setiap tangannya terdapat seribu jari. Ketika malaikat tersebut sedang mnghitung setiap titis hujan yang Allah SWT turunkan dari langit ke bumi.

Aku bertanya kepadanya,
"Apakah kamu mengetahui jumlah titisan hujan yang diturunkan dari langit ke bumi sejak Allah SWT menciptakan Adam?"

Malaikat tersebut menjawab,
"Ya Rasulullah, demi Allah SWT yang telah mengutusmu dengan membawa kebenaran kepada makhlukNya, aku tidak hanya mengetahui setiap titisan hujan yang turun dari langit ke bumi, tetapi aku juga mengetahui secara terperinci berapa jumlahnya titisan hujan tersebut yang jatuh ke laut, ke darat, ke lembah-lembah, ke sungai-sungai, ke sawah-sawah dan ke tempat yang tidak diketahui manusia."

Rasulullah s.a.w. sangat takjub dan bangga atas kecerdasan malaikat tersebut dan bersabda kembali,
"Aku sangat kagum akan kemampuan hafalan dan ingatanmu dalam perhitungan."

Malaikat berkata kembali,
"Ya Rasulullah, walaupun aku memiliki seribu tangan dan sejuta jari dan diberikan kepandaian dan keulungan untuk menghitung titisan hujanyang turun dari langit ke bumi, ketahuilah bahawa ada yang tak sanggup aku hafal dan mengingatinya melalui perhitungan tangan dan jari jemariku ini."

Rasulullah s.a.w. bertanya,
"Perhitungan apakah itu?"

Malaikat menjawab,
"Aku tidak sanggup menghitung berapa banyaknya jumlah pahala yang diberikan Allah SWT ke atas selawat yang diucapkan oleh umatmu ketika namamu disebut di suatu majlis."

Allahumma solli 'ala saidina Muhammad wa 'ala aalihi wa as-haabihi ajmma'iin.

Untungnya kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w.


Selawat Tafrijiyah

Antara kebaikan amalan selawat Tafrijiyah;

1. Allah SWT akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
2.Allah SWT akan memudahkan segala urusan hidupnya.
3.Dipancarkan nur@cahaya dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai.
5.Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka.
6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah SWT.
8.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan .

Amalan Imam ad-Dainuri r.a.

Dibaca;
11 kali setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.
41 kali setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat.
100 kali setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan masalah.
313 kali setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki.
1000 kali, tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.

Amalan Imam Qurtubi r.a.

Dibaca;

41 kali atau 100 kali; Allah hilangkan segala dukacita dan kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan.

Tuesday, March 3, 2015

Tip ekstra SIHAT dijamin hidup lebih CERIA

Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha
Penyayang. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.
dan ke atas keluarga dan para sahabatnya.

Awak sihat ke tak????

 Siapa yang tak nak sihat kan? Sihat ni pengertiannya sangat meluas. Hanya orang yang pernah sakit sahaja yang sangat-sangat memahami maksud sihat. 

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : 
" Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. 
Pertama : masa sihat sebelum sakit 
Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin) 
Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk 
Keempat : masa mudamu sebelum datang masa tua dan, 
Kelima : masa hidup sebelum tiba masa mati." 
(riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

 Hari ni Che Min nak share tip-tips menakjubkan yang sangat menarik, dijamin hidup kita yang mengamalkannya akan lebih sihat dan ceria. 

  1. Bosan bersenam sorang-sorang, carilah sekurang-kurangnya seorang kawan untuk senaman bersama-sama. Kalau satu kumpulan lebih baik sebab dapat memberi motivasi kepada kita untuk terus bersenam. Meriah you!
  2. Set target untuk aktiviti hujung minggu yang melibatkan keluarga atau sahabat. banyak agenda menarik yang boleh dilakukan seperti berkelah, camping, menunggang basikal, memancing ataupun bersukan. Aktivi-aktiviti begini dapat merehatkan minda dan merapatkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan.
  3. Senyum seindah suria...cewah. Senyum dan ketawa sekerap yang mungkin setiap hari. Ia adalah antara cara untuk mengawal stres dan membantu meningkatkan tahap imuniti dalam badan. Nak tau cara tingkatkan imuniti dengan bahan alami boleh email/WA/msg Che Min yer..
  4. Pelbagaikan teknik senaman yang dapat merehatkan badan seperti tai-chi, yoga dan meditasi. Che Min teringin nak senaman guna lycra yang gantung kat siling tu...macam kat berita ni.. Senaman udara dan terbalik. Jadi setiap minggu kita boleh selang selikan jenis-jenis senaman ni.
  5. Carilah aktiviti yang mendorong kepada minat kita sendiri, menjahit, menari, melukis atau menulis bagi menghilangkan tekanan setelah penat bekerja dan dapat mengelakkan kita makan, makan, makan dan makan.
  6. jauhkan diri dari mereka yang merokok. Jika anda sendiri yang merokok, dah sampai masanya tabiat atau ketagihan itu dihentikan. Nanti Che Min buat post baru tips berhenti merokok pulak.
  7. Disiplinkan diri dengan temujanji doktor. Saper tak jumpa doktor gigi setiap 6 bulan sekali angkat tangan...Che Min yang dulu la, bukan Che Min yang sekarang tau..mesti pergi buat scaling gigi dan polishing . Setahun sekali mesti buat pemeriksaan kesihatan. (Yang ni je Che Min ngelat lagi, belum buat full test yang termasuk dengan cancer marker tu)
  8. Membeli belah dengan bajet yang ditetapkan (kalau ada lebih dan jangan berhutang). Betul, betul, betul...shopping memang adalah satu terapi yang dapat menghilangkan stres.
  9. Serikan diet dengan warna yang pelbagai. Sayur hijau, lobak merah, buah oren, telur kuning, nasi putih, kubis ungu, air kosong..Mood lebih ceria dan khasiat yang lengkap dan pelbagai.
  10. Sebelum memilih bahan yang ingin dimasak atau suplemen terbaik, jangan lupa untuk membaca lebel yang diletakkan di bekas pembungkus bahan tersebut bagi mengetahui pilihan nutrisi yang ada.
  11. Jangan sesekali meninggalkan sarapan pagi kerana ia adalah pembekal tenaga untuk meneruskan hari anda. Seelok-eloknya, ambillah hidangan yang mengandungi serat dan nutrisi tinggi serta rendah gula. Sapa yang ambil protein shake contact Che Min, ada sesuatu yang Che Min nak share tau..
  12. Kemaskan dan bersihkan kabinet yang menyimpan ubat-ubatan dan suplemen terbaik anda di rumah. Buanglah vitamin-vitamin dan ubat-ubat yang dah melepasi tarikh luput dan gantikannya dengan yang baru. Che Min boleh tolong suggest kalau nak..
 Che Min doakan sesiapa yang membaca dapat manfaat dan sentiasa ceria...Ya Allah ya TuhanKu! sihatkanlah kami.


Jumpa lagi


Monday, March 2, 2015

Berjalan Di Atas Air

Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha
Penyayang. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.
dan ke atas keluarga dan para sahabatnya.

Pujian dan syukur kepada Allah Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad yang menjadi contoh ikutan kita bersama.

Allah SWT pernah menyuruh Nabi Muhammad supaya membaca sepertimana di dalam firmanNya yang bermaksud, "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan."

Teringat kat satu buku ni masa Che Min kecik-kecik dulu..(sesuai dengan situasi Che Min yang macam nak tenggelam dalam air dah ni..)

BOLEH BERJALAN DI ATAS AIR

citer dia macam ni..

 Di seberang sebatang sungai ada seorang pemuda yang kerjanya mengayuh sampan. (Idak ler pulok dia cakap nama sungai tu sungai apa..jangan Sungai Pinang yang macam kopi O pekat tu udahler) Setiap hari dia membawa penumpang yang terdiri dari Tuan Guru@Tok Guru dengan anak-anak muridnya ke kelas pengajian agama di seberang sana. Pemuda itu juga sering mendengar pengajian yang diajar oleh Tuan Guru itu. Walaupun begitu, dia hanya boleh mendengar pengajian itu di bawah pokok berhampiran kelas pengajian itu kerana dia ini sangat miskin orangnya.
     
 Suatu hari dia terlalu asyik mendengar syarahan Tuan Guru tersebut. Di antara kata-kata Tuan Guru itu ialah sesiapa yang yakinkan Allah dan membaca "Bismilah" akan dapat berjalan di atas air dengan kehendak Allah. Waktu itu juga dia segera ke sungai. Dengan membaca "Bismillah" dan yakinkan sungguh-sungguh kepada Allah, dia dapat berjalan di atas air sungai dari tebing ke seberang sana...


     Bukan magic..
tetapi itulah kelebihan bila kita yakin kepada Tuhan yang menciptakan kita.

Pemandangan fjord di Norway masa Che Min naik criuse Norway in a Nutshell

Hari ni Che Min dapat satu kata-kata azimat dari seorang yang Che Min admire..( macam SA@secret admire macam kat Sekolah Asma dulu-dulu pulak Che Min rasa ) Katanya..kita jangan meletakkan kepercayaan atau keyakinan pada diri kita..Abih tu nak letak ke saper?

Keyakinan dan kepercayaan mesti diletakkan kepada Allah SWT.

Serius Che Min kagum, orang berjaya mesti yakin Allah yang memegang hati dan rezeki, tugas kita hanya menetapkan matlamat yang kita nak capai.

Matlamat Che Min: update blog setiap hari..In sha Allah