Tuesday, March 3, 2015

Tip ekstra SIHAT dijamin hidup lebih CERIA

Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha
Penyayang. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.
dan ke atas keluarga dan para sahabatnya.

Awak sihat ke tak????

 Siapa yang tak nak sihat kan? Sihat ni pengertiannya sangat meluas. Hanya orang yang pernah sakit sahaja yang sangat-sangat memahami maksud sihat. 

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : 
" Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. 
Pertama : masa sihat sebelum sakit 
Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin) 
Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk 
Keempat : masa mudamu sebelum datang masa tua dan, 
Kelima : masa hidup sebelum tiba masa mati." 
(riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

 Hari ni Che Min nak share tip-tips menakjubkan yang sangat menarik, dijamin hidup kita yang mengamalkannya akan lebih sihat dan ceria. 

  1. Bosan bersenam sorang-sorang, carilah sekurang-kurangnya seorang kawan untuk senaman bersama-sama. Kalau satu kumpulan lebih baik sebab dapat memberi motivasi kepada kita untuk terus bersenam. Meriah you!
  2. Set target untuk aktiviti hujung minggu yang melibatkan keluarga atau sahabat. banyak agenda menarik yang boleh dilakukan seperti berkelah, camping, menunggang basikal, memancing ataupun bersukan. Aktivi-aktiviti begini dapat merehatkan minda dan merapatkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan.
  3. Senyum seindah suria...cewah. Senyum dan ketawa sekerap yang mungkin setiap hari. Ia adalah antara cara untuk mengawal stres dan membantu meningkatkan tahap imuniti dalam badan. Nak tau cara tingkatkan imuniti dengan bahan alami boleh email/WA/msg Che Min yer..
  4. Pelbagaikan teknik senaman yang dapat merehatkan badan seperti tai-chi, yoga dan meditasi. Che Min teringin nak senaman guna lycra yang gantung kat siling tu...macam kat berita ni.. Senaman udara dan terbalik. Jadi setiap minggu kita boleh selang selikan jenis-jenis senaman ni.
  5. Carilah aktiviti yang mendorong kepada minat kita sendiri, menjahit, menari, melukis atau menulis bagi menghilangkan tekanan setelah penat bekerja dan dapat mengelakkan kita makan, makan, makan dan makan.
  6. jauhkan diri dari mereka yang merokok. Jika anda sendiri yang merokok, dah sampai masanya tabiat atau ketagihan itu dihentikan. Nanti Che Min buat post baru tips berhenti merokok pulak.
  7. Disiplinkan diri dengan temujanji doktor. Saper tak jumpa doktor gigi setiap 6 bulan sekali angkat tangan...Che Min yang dulu la, bukan Che Min yang sekarang tau..mesti pergi buat scaling gigi dan polishing . Setahun sekali mesti buat pemeriksaan kesihatan. (Yang ni je Che Min ngelat lagi, belum buat full test yang termasuk dengan cancer marker tu)
  8. Membeli belah dengan bajet yang ditetapkan (kalau ada lebih dan jangan berhutang). Betul, betul, betul...shopping memang adalah satu terapi yang dapat menghilangkan stres.
  9. Serikan diet dengan warna yang pelbagai. Sayur hijau, lobak merah, buah oren, telur kuning, nasi putih, kubis ungu, air kosong..Mood lebih ceria dan khasiat yang lengkap dan pelbagai.
  10. Sebelum memilih bahan yang ingin dimasak atau suplemen terbaik, jangan lupa untuk membaca lebel yang diletakkan di bekas pembungkus bahan tersebut bagi mengetahui pilihan nutrisi yang ada.
  11. Jangan sesekali meninggalkan sarapan pagi kerana ia adalah pembekal tenaga untuk meneruskan hari anda. Seelok-eloknya, ambillah hidangan yang mengandungi serat dan nutrisi tinggi serta rendah gula. Sapa yang ambil protein shake contact Che Min, ada sesuatu yang Che Min nak share tau..
  12. Kemaskan dan bersihkan kabinet yang menyimpan ubat-ubatan dan suplemen terbaik anda di rumah. Buanglah vitamin-vitamin dan ubat-ubat yang dah melepasi tarikh luput dan gantikannya dengan yang baru. Che Min boleh tolong suggest kalau nak..
 Che Min doakan sesiapa yang membaca dapat manfaat dan sentiasa ceria...Ya Allah ya TuhanKu! sihatkanlah kami.


Jumpa lagi


No comments: