Wednesday, March 4, 2015

Kekasih Allah

Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha
Penyayang. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.
dan ke atas keluarga dan para sahabatnya.


Muhammad bin Abdullah adalah nabi utusan Allah SWT. Bagi orang Islam, digalakkan berselawat untuknya. 

Allah SWT menyatakan dalam Surah al-Ahzab ayat 56 yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat kepada nabi. Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya."

Kekasih Allah SWT Nabi Muhammad s.a.w. juga berpesan, "Sesungguhnya orang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku." Bacalah selawat, " Allahumma solli 'ala saidina Muhammad wa 'ala aalihi wa as-haabihi ajmma'iin". Maksudnya, "Ya Allah, kurniakanlah pujian ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat beliau".

Hari ni Che Min nak berkongsi signifikannya kuasa selawat.

Dalam perjalanan Israk Mikraj pada malam 27 Rejab, Nabi Muhammad s.a.w melihat malaikat yang memiliki 1000 tangan. Saper pernah dengar kisah malaikat seribu tangan ni?

Dalam sebuah hadits Rasulullah s.a.w. pernah bersabda;

Ketika aku diperjalanan malam hari untuk mikraj ke langit, aku melihat ada malaikat yang memiliki seribu tangan dan setiap tangannya terdapat seribu jari. Ketika malaikat tersebut sedang mnghitung setiap titis hujan yang Allah SWT turunkan dari langit ke bumi.

Aku bertanya kepadanya,
"Apakah kamu mengetahui jumlah titisan hujan yang diturunkan dari langit ke bumi sejak Allah SWT menciptakan Adam?"

Malaikat tersebut menjawab,
"Ya Rasulullah, demi Allah SWT yang telah mengutusmu dengan membawa kebenaran kepada makhlukNya, aku tidak hanya mengetahui setiap titisan hujan yang turun dari langit ke bumi, tetapi aku juga mengetahui secara terperinci berapa jumlahnya titisan hujan tersebut yang jatuh ke laut, ke darat, ke lembah-lembah, ke sungai-sungai, ke sawah-sawah dan ke tempat yang tidak diketahui manusia."

Rasulullah s.a.w. sangat takjub dan bangga atas kecerdasan malaikat tersebut dan bersabda kembali,
"Aku sangat kagum akan kemampuan hafalan dan ingatanmu dalam perhitungan."

Malaikat berkata kembali,
"Ya Rasulullah, walaupun aku memiliki seribu tangan dan sejuta jari dan diberikan kepandaian dan keulungan untuk menghitung titisan hujanyang turun dari langit ke bumi, ketahuilah bahawa ada yang tak sanggup aku hafal dan mengingatinya melalui perhitungan tangan dan jari jemariku ini."

Rasulullah s.a.w. bertanya,
"Perhitungan apakah itu?"

Malaikat menjawab,
"Aku tidak sanggup menghitung berapa banyaknya jumlah pahala yang diberikan Allah SWT ke atas selawat yang diucapkan oleh umatmu ketika namamu disebut di suatu majlis."

Allahumma solli 'ala saidina Muhammad wa 'ala aalihi wa as-haabihi ajmma'iin.

Untungnya kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w.


Selawat Tafrijiyah

Antara kebaikan amalan selawat Tafrijiyah;

1. Allah SWT akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
2.Allah SWT akan memudahkan segala urusan hidupnya.
3.Dipancarkan nur@cahaya dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai.
5.Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka.
6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah SWT.
8.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan .

Amalan Imam ad-Dainuri r.a.

Dibaca;
11 kali setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.
41 kali setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat.
100 kali setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan masalah.
313 kali setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki.
1000 kali, tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.

Amalan Imam Qurtubi r.a.

Dibaca;

41 kali atau 100 kali; Allah hilangkan segala dukacita dan kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan.

No comments: